Wednesday 13 April 2011

Hukum Mengangkat Kedua Tangan ketika Berdo’a Semasa Khutbah Jum’at

1) INI ANA NUKILKAN SERATUS PERATUS DARI INTERNET.
MediaMuslim.InfoDo’a adalah ibadah. Ibadah hukum asalnya haram kecuali ada dalil yang memerintahkannya. Supaya ibadah diterima oleh Allah maka harus memenuhi dua syarat, yaitu ikhlas dan mutaba’ah. Termasuk  berdo’a harus mengikuti apa yang telah dicontohkan oleh Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Ketahuilah bahwa mengangkat kedua tangan ketika khatib berdo’a dalam khutbah jum’atnya adalah sesuatu yang tidak disyari’atkan. Baik itu bagi khatib sendiri maupun bagi jama’ahnya. Karena ada keterangan dari Ammarah bin Ruaibah, bahwa ia telah melihat Bisyr bin Marwan mengangkat kedua tangannya di atas mimbar. Lalu Ammarah berkata : ” Semoga Allah menjelekkan kedua tangan itu, sesungguhnya saya telah melihat Rasulullah ketika berdo’a selalu dengan tangannya, begini.” Yaitu dengan mengisyaratkan jari telunjuknya. Dalam riwayat yang lain disebutkan, “Pada hari Jum’at.” (HR Muslim no.874).
An Nawaawi berkata : “Dalam hadits itu ada penjelasan bahwa yang namanya sunnah adalah tidak mengangkat kedua tangannya ketika berkhutbah. Ini adalah pendapatnya Imam Malik, sahabat-sahabatnya, dan selain mereka. Al Qadhi menceritakan dari beberapa orang terdahulu dan dari sebagian pengikut Imam Malik, bahwa mengangkat tangan adalah boleh, dengan dalil karena nabi pernah mengangkat kedua tangannya dalam khutbah Jum’at ketika meminta turun hujan. Tapi pendapat ini dijawab oleh pendapat yang mengatakan tidak boleh, bahwa beliau mengangkat kedua tangan karena adanya sebuah alasan. ” (Syarah Muslim oleh An Nawawi 5/411).
Asy Syaukani berkata : “Hadits ini menunjukkan ttg dibencinya perbuatan mengangkat tangan sewaktu berada di atas mimbar dan ketika berdo’a dan bahkan itu adalah bid’ah. (Nailul Authar 3/308). Dinukil dari Hasyiah Ar Raudhah dari Al Majd bin Taimiyyah bahwa mengangkat kedua tangan dalam keadaan seperti itu adalah bid’ah. (Hasyiah Ar Raudh oleh Ibnu Qosim 2/458 dan lihat Syarh Tsalaatsiyat Musnad Al Imam Ahmad)
Dalam Al Ba’its, Abu Syamah mengatakan ketika menjelaskan macam-macam bid’ah yang terjadi sekitar sholat Jum’at, “Adapun mengangkat tangan ketika berdo’a adalah bid’ah yang sudah lama.” Pendapat ini diikuti oleh As Suyuthi dalam kitabnya Al Amru bi Al Ittiba’ wa An Nahyu ‘an Al Ibtida’. (Al Ba’its hal : 142 dan Al Amru bi Al Ittiba’ hal : 247).
Ibnu Taimiyyah dalam Ikhtiyaraat-nya meyebutkan, “Hukumnya makruh bagi sang imam untuk mengangkat kedua tangan ketika berdo’a dalam khutbahnya dan ini jawaban yang paling shahih dari dua pilihan yang ada pada sahabat-sahabat kami, karena nabi selalu memberikan isyarat dengan jari telunjuknya apabila berdo’a . Adapun dalam do’a istisqo`, beliau mengangkat kedua tangannya, yaitu sewaktu minta hujan dan di atas mimbar. (Al Ikhtiaraat hal : 80 dan lihat Fathul Bari 2/412). Wallaahu a’lam.
(Rujukan: Shahih Muslim, Syarh Tsalaatsiyat Musnad Al Imam Ahmad dan Fathul Bari)
2) INI KOMEN ANA SENDIRI
Apabila dirujuk kepada kitab-kitab hadis dan syarah-syarah hadis, boleh disimpulkan beberapa perkara:-
2.1) Terdapat perbezaan pada matan Hadis itu sendiri. Ada riwayat yang menyebutkan bahawa perbuatan mengangkat tangan itu ketika “berdoa”. Manakala terdapat juga riwayat yang tidak menyebutkan ketika berdoa.
2.2) Ulama hadis juga meletakkan tajuk-tajuk yang berbeza dalam kitab-kitab hadis mereka. Ada yang meletakkan tajuk hukum mengangkat tangan ketika berdoa semasa khutbah, hukum mengangkat tangan ketika khutbah (tidak sebut berdoa) dan banyak lagi.
2.3) Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum mengangkat tangan ketika berdoa semasa khutbah kepada 2 golongan. Pandangan Mazahab Syafie dan Maliki tangan tidak diangkat ketika berdoa semasa khutbah. Sebahagian Ulama Maliki, dan sebahagian ulama salaf berpendapat boleh.
Antara hujah yang digunakan oleh ulama membolehkan ialah:-
1)      Nabi s.a.w. mengangkat tangan ketika berdoa semasa khutbah jumaat di atas mimbar untuk meminta hujan.
Jawapan Dari pihak Yang kata tidak boleh:-
ulama yang berpendapat tidak boleh mengangkat tangan menjawab bahawa perbuatan itu dilakukan kerana sebab/alasan tertentu dan bukannya tiap-tiap kali. Mereka menyokong pendapat ini dengan hadis lain yang menyatakan Rasulullah tidak mengangkat tangan ketika berdoa semasa khutbah melainkan semasa minta hujan (Istisqa). Ibn Khuzaimah telah memberikan tajuk semasa membincangkan hadis ini dengan tajuk ”Bab menunjukkan dengan jari telunjuk di atas mimbar semasa khutbah jumaat dan Makruh mengangkat tangan di atas selain meminta hujan, (juzuk 3, h.147).
2)      Hadis itu bukan dituju mengenai doa, sebaliknya ketika berkhutbah. Dengan kata lain mengangkat tangan semasa berkhutbah adalah sebagaimana yang dilakukan oleh Bisr bin Marwan. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. hanya menunjukkan dengan jari telunjuk sahaja.

Jawapan: Terdapat riwayat lain mengatakan bahawa terdapat penambahan lafaz iaitu beliau mengangkatnya semasa berdoa sebagaimana riwayat Ibn Khuzaimah, Musnah Imam Ahmad dan lain-lain.
2.4) Sebagai kesimpulannya, perkara ini adalah benda khilaf dan dalam konteks kita di Malaysia yang bermazhab Syafie, menurut mazhab kita Syafie tangan tidak boleh diangkat ketika berdoa semasa khutbah jumaat. Masyarakat kita yang buat itu mereka sebenarnya bukan bersandarkan kepada mazhab Syafie. Saya merasakan pendapat yang paling kuat ialah tidak boleh mengangkat tangan berdasarkan dalil dan huraian para syurrah hadis. Wallahu A’lam.


8 comments:

  1. عَنْ عُمَارَةَ بْنِ رُؤَيْبَةَ أنه رَأَى بِشْرَ بْنَ مَرْوَانَ عَلَى الْمِنْبَرِ رَافِعًا يَدَيْهِ (زاد أبو داود : وَهُوَ يَدْعُو فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ) فَقَالَ: قَبَّحَ اللَّهُ هَاتَيْنِ الْيَدَيْنِ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَزِيدُ عَلَى أَنْ يَقُولَ بِيَدِهِ هَكَذَا وَأَشَارَ بِإِصْبَعِهِ الْمُسَبِّحَةِ


    Dari 'Umarah ibn Ru'aibah melihat Bishr ibn Marwaan ketika di atas mimbar mengangkat tangan (Abu Daud menambah : apabila berdoa pada hari Jumaat) dan berkata : Semoga Allah menjadikan hodoh kedua-dua tangan. Aku melihat Rasulullah tidak menambah apa-apa melainkan seperti ini dengan tangannya dan mengisyaratkan dengan jari telunjuknya.

    Muslim (874), Abu Daud (1104)

    Dikatakan tiada suruhan untuk mengangkat tangan ketika doa khutbah tersebut. Tambahan pula untuk mengaminkannya secara kuat dalam kalangan jamaah sedangkan yang lebih utama ialah untuk mendengar doa tersebut (mendengar khutbah) dan mengaminkannya secara perlahan.

    Khatib sahajalah yang mengisyaratkan hanya dengan jari telunjuk ke atas, sebagai mana hadis atas.

    Doa ada yang perlu angkat tangan, ada juga yang tak angkat tangan. Doa masuk tandas, sambil nak masuk je baca doa, tak perlulah angkat doa nak masuk tandas.

    ReplyDelete
  2. salam wbt..

    suatu perkongsian dan pencerahan yang baik..

    *salam ta'aruf drp ana,
    ahmad huzaifah fauzi,
    tawang bachok kelantan...

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikum al-Salam

    Salam Ta'aruf kembali kepada Ustaz Huzaifah..
    Semoga disiplin dan pemugaran ilmu dapat diteruskan..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, pencerahan yg baik. JazaakAllahu khaira ya akhiy.

    ReplyDelete
  5. Yg dah lama dok buat tu
    Mufti2 pun buat tu depa ikut sapa

    ReplyDelete
  6. Yg dah lama dok buat tu
    Mufti2 pun buat tu depa ikut sapa

    ReplyDelete
  7. salam, satu artikel yg baik..cuma saya rasa ada sedikit kesilapan di bahagian yg saudara tulis "Pandangan Mazahab Syafie dan Maliki tangan tidak diangkat ketika berdoa semasa khutbah"..saya rasa imam syafie tidak mempunyai pandangan trhadap isu ini dlm mana2 kitab beliau..kalau ada tolong berikan nama kitab trsebut beserta rujukan..terima kasih..

    ReplyDelete
  8. Dengo ni
    https://youtu.be/1PYsxp0UdTk

    ReplyDelete