Thursday 7 April 2011

Sungguh banyak halangan tetapi semua itu bukan penghalang dan Akhirnya...

1) 7/4/2011 merupakan salah satu tarikh keramat dalam hidup saya. Setelah menunggu sekian lama untuk menggengam segulung ijazah Phd, akhirnya pada tarikh itu, Allah s.w.t. telah maktubkan. Saya dimaklumkan untuk menghadiri viva pada tarikh tersebut pukul 10.00 pagi di UIAM. Debaran dan degupan jantung hanya Allah yang tahu, berbaur kegembiraan kerana usaha sekian lama semakin menemui titik hujungnya.  Takut (khauf) tidak boleh digambarkan tetapi pada masa yang sama berharap tetap setinggi gunung (al-raja'). Dalam mainan perasaan ini, 10.30 saya dipanggil untuk masuk bilik munaqashah (viva). Hanya Allah tempat bergantung harap setelah usaha dicurah. Dalam detik itu, hati berdoa semoga Allah memudahkan perjalanan viva nanti. Saya minta isteri doakan kejayaan saya. Dia kata:"Insya Allah, Abi boleh". Bagi saya ia sudah cukup sebagai motivasi diri. Pagi-pagi lagi saya menelefon ibu supaya doakan kejayaan saya. Dia kata dengan yakin: "InsyaAllah Nor boleh". Saya yakin dengan kata-kata hikmah ibu saya itu. Dalam situasi ini saya amat memerlukan doa ibu dan ayah. Doa kawan-kawan juga saya tagihkan. Doa sahabat dibelakang kita itukan makbul. Saya juga bercakap dengan anak sewaktu menghantar anak ke sekolah. jarak sekolah dari rumah lebih kurang 60 Km juga. Jadi sempatlah saya menceritakan kepada anak. Hari ni Abi ada peperiksaan, Abe tolong doakan untuk Abi. Anak saya jawab: "Abe akan doa untuk abi". Apabila selesai munaqashah dan saya ceritakan kepada dia yang saya dah berjaya. Dia kata dia doa 2 kali. Saya tanya bagaimana dia doa. Katanya" Abe doa ya Allah biarlah abi berjaya". terima kasih Abe, kakak, Nuaim, Iman Thaqif dan semua.

2) Ringkasnya, pengerusi memulakan sesi. Penyelia saya diminta memperkenalkan diri saya kepada majlis. Alhamdulillah saya mendapat pujian beliau. Pengerusi memulakan soalan pertama, apakah perkara baharu yang kamu buat dan sumbangkan. Saya menjawab..... Dia kata: Bagus. (jayyid).

3) Diringkaskan, Pemeriksa dalaman mula mengajukan soalan. Kenapa anda memilih "kehormatan manusia (hurmah wa karamah insaniah)" sebagai illah pengharaman pengguguran janin (agak pangjang jawapan kerana saya terpaksa menjustifikasi kenapa tidak bersetuju dengan beberapa pandangan ulama sebelum). Saya memberikan jawapan kenapa illah itu dipilih. Dia angguk tanda setuju. Soalan kedua ditanyakan agak lari dari apa yang dibincangkan tetapi dia minta saya menghubungkaitkan dengan apa yang saya bincangkan (ini aras taksonomi tinggi) mengenai isu mengambil tisu/sel (khaliyyah) daripada janin untuk tujuan perubatan adakah tidak bertentangan dengan karamah insaniah (illah yang saya pilih). Saya menerangkan isu ini kerana saya juga baca walaupun tidak menjadi topik berbahasan tesis. Hujjah maslahah dan mafsadah dijadikan sandaran hukum. Beliau mengangguk tanda setuju. Soalan ketiga ditanyakan tentang pengguguran janin yang cacat (inipun topik yang tidak dibincangkan dalam tesis) tapi minta dihubungkaitkan dengan pandangan ulama. Sebenarnya topik ini juga telah siap saya tulis tapi penyelia minta dibuang kerana terlalui detail. Saya menerangkan pandangan-pandangan ulama dan pandangan rajih yang salah pilih bersama alasan-alasannya. Dia juga menyokong jawapan saya itu.

3) Diringkaskan lagi, Ketua jabatan memulakan soalan beliau. 1) berkaitan dengan nasab, 2) berkaitan dengan undang-undang Malaysia, 3) Kedudukan DNA dan lian, 4) berkaitan al-Darurat dan al-Daruriat. Ringkasnya kata beliau: (Jawapan kamu itu menunjukkan kamu adalah tuan punya tesis ini).

4) Pengerusi meminta saya dan penyelia keluar dari bilik viva (munaqashah) untuk beberapa minit (katanya 2 minit (daqiqatain). Saya dan penyelia diminta masuk kembali. Dalam hati saya berdoa untuk berjaya tetapi perasaan saya sungguh takut jika gagal. Pengerusi memulakan bicaranya: (Selepas perbincangan, dengan ini lajnah memutuskan anda berjaya dengan sedikit pembetulan (Najih bi ta'diilin yasirin). Alhamdulillah, alhamdulillah, al-hamdulillah. Akhirnya.....Saya berjaya menamatkan pengajian Phd...

5) Tapi adakah kejayaan itu terlalu mudah? Tidak, tidak dan tidak.

pelbagai halangan terpaksa ditempuhi. dari mula mendaftar sehinggalah hari akhir viva. Pahit, masam, masin semua ada. Hebatnya halangan ini, ia datang dari 360 darjah. Halangan duit, hanya Allah yang tahu. Saya ingin menyebutkan 1,2 contoh sebagai perkongsian. Saya pernah lambat menghantar tugasan phd kerana tidak ada duit untuk print. Saya juga terpaksa menunggu giliran untuk menggunakan komputer bagi menyiapkan tugasan kerana tidak ada duit memberi komputer. Saya juga terpaksa bekerja dengan gaji RM 500 sebulan.
Pernah juga saya meminta zakat. Tapi ditanya oleh pegawai pada masasemasa sesi temuduga: "Kenapa awak tak bekerja dulu sebelum sambung belajar?". Mana dia tahu saya tak bekerja. Saya bekerja dengan gaji RM500, saya juga bekerja di tempat lain dengan gaji RM1200. Hidup di KL dengan gaji begini... Allah sahaja yang tahu...
Halangan lain...banyak, banyak dan sungguh banyak.

Sungguh banyak halangan tetapi ingatlah semua itu bukan penghalang kejayaan kita.

terima kasih ya Allah

4 comments:

  1. assalamualaikum ustz, alhmdulillah tahniah diucpkan,segala pengalamn yg dikongsi akan mnjdi satu inspirasi buat ana, kejayaan memerlukan pengorbanan, pengorbanan pula mmerlukan smngt juang yg tinggi.segala pahit maung yg dilalui bertukar mnjdi satu kemanisan yg tidak ternilai harganya. hnya yg melalui dan berani mnyahut cabaran sahaja yg akn merasa nikmat kemanisan itu..tahniah skali lagi=)

    ReplyDelete
  2. Salam, Mabruk ya Dr. Mujtahid. 'uqban li.

    ReplyDelete
  3. tahniah ustaz....insya'Allah....sepertimana kata2 ustaz pd kmi( ank murid) tuassiru wala tuaassiru....kami kagum dgn ustaz...kesungguhan uastaz dlm menuntut ilmu...mudahan tempias ustaz terkena pada kami juga..doakan kmi juga dapt jd seperti ustaz suatu hr nnti...

    ReplyDelete
  4. salam 'alaik ust...mabruk 'alaik...ana pun kagum dgn semangat juang ust dalam menimba ilmu...moga ana pun dapat menggapai mimpi indah seperti itu. harap dpt jumpa ust lagi seperti kelas fiqh ibadah...bi iznillah.doakan kami agar dapat aplikasikan ilmu yg telah ust sampaikan selama belajar dgn ust.

    ReplyDelete