Monday 11 April 2011

Sambutan Hari Jadi Bid'ah Yang Munkar?

  1. Kenyataan ini disebutkan oleh Dr. Abdul Karim Zaidan dalam buku beliau al-Mufassal fi Ahkam al-Mar'ah wa al-Bait al-muslim fi al-Syariah al-Islamiah, cet2, 1994-1415, j9, h.310-311. Kenyataan ini juga disebut oleh Dr Muhammad Abdul Qadir Abu Faris dalam buku beliau Fatawa Syar'iyyah, j2, h788-789. Menurut beliau, tidak ada sambutan (عيد) hari jadi sekalipun mereka itu pemerintah, pembesar atau anak-anak.
  2. Menurut Dr Abdul Karim Zaidan sambutan hari lahir lahir (hari jadi/birthday) yang diadakan saban tahun oleh golongan lelaki mahupun wanita, diadakan sambutan (haflah) yang dihadiri oleh keluarga dan kerabatan dan anak yang disambut hari lahirnya. Pada majlis itu disusun meja dan diletakkan kek yang besar yang dinamakan kek hari jadi yang pelbagai bentuk sama ada bulat, dlln berlapis-lapis yang dipacakkan dengan lilin yang jumlahnya mengikut umur mereka yang disambut dan dipotong kek itu. Budak itu akan memulakan mengambil sepotong kek dan diikuti para hadirin.
  3. Menurut beliau, sambutan hari jadi yang disifatkan di atas merupakan perkara bidah yang munkar yang wajib ditinggalkan dan dicegah. Ia merupakan amalan bukan islam yang ditiru oleh orang Islam atau sebahagian orang Islam. Sambutan ini merupakan perkara yang ditegah oleh syarak. Nabi s.a.w bersabda: (sesiapa yang meniru sesuatu kaum, ia adalah dari mereka) (hadis diriwayatkan oleh Abu Daud, No. Hadis 8593). Maksud hadis itu ialah sesiapa berpakaian dengan pakaian mereka, beramal dengan amalan mereka, berakhlak dengan akhlak mereka dan mengikut jejak langkah atau tred mereka dalam perpakain dan amalan mereka....
  4. Beliau menyambung, Nabi s.a.w diutuskan dengan disyariatkan perkataan dan amalan yang berbeza dengan amalan Yahudi dan Nasrani ( والضالين المغضوب عليهم) ). Nabi s.a.w diperintah supaya menyalahi mereka (berbeza dengan mereka) dalam perkara-perkara zahir yang membawa kepada muwafakah dan tasyabuh dengan akhlak dan amalan mereka...
  5. Orang Islam hendaklah Berpada dengan apa yang disyariatkan kepada mereka:-
  • Cukuplah bagi orang-orang Islam mengadakan akikah untuk anak pada hari ketujuh dengan mengadakan walimah untuk anak itu.
  • Orang-orang islam pada zaman Nabi s.a.w., begitu juga Tabiin tidak kenal dan tidak memperkenalkan sambutan ini kepada anak-anak mereka. Mereka tidak menyambutnya saban tahun. Pada mereka itu ada qudwah yang baik.
  •  
    kesimpulannya, terdapat 5 hujah yang digunakan bagi mengukuh pandangan beliau ini:-
    1) Ia bukan ajaran agama. Dengan kata lain, agama telah menggariskan syariat yang cukup jelas untuk dilakukan apabila seseorang anak itu dilahirkan bermula dengan azan, iqamah, tahnik, bercukur, berkhitan, memberi nama dan melakukan akikah. Agama tidak meninggalkan satu-satu amalan, maka tidak perlulah ditambah amalan lain.
    2) Hukum ini dianalogikan kepada sambutan maulid Nabi s.a.w. Sebagaimana yang diketahui, para ulama perbeza pendapat menentukan hukum maulid ini. Satu golongan mengatakan sambutan itu adalah bidah (Cth, Dr Abu Faris) dan ada ulama yang mengatkan tidak menjadi masalah menyambutnya. Hujah yang mengatakan boleh menyambutnya antara lain ialah kita menyambut maulid Nabi itu kerana memperingati perjuangan Nabi, risalah dan kenabian itu sendiri untuk dijadikan pengajaran, bukan sekadar sambut kelahiran semata-semata dan cukup setakat itu. Analoginya, Jika kita menyambut birthday anak-anak kita, maka atas dasar risalah apa yang dia bawa?
    3) Ia bukan amalan salafuna al-saleh bermula dari zaman sahabat, tabiin dan seterusnya. Jika sambutan itu perkara baik, nescaya mereka lebih awal menyambutnya.
    4) Ia bukan amalan dan budaya orang islam, sebaliknya ia adalah budaya orang bukan islam yang diikut-ikut (taqlid) oleh orang Islam.
    5) Apatah lagi jika majlis itu dicampuri dengan unsur-unsur maksiat yang lain sebagaimana yang dilakukan sesetengah masyarakat islam pada hari ini yang boleh dilihat di media massa.

    10 comments:

    1. Apabila menyebut tentang sambutan hari..

      Bagaimana dgn sambutan seperti Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Wanita dan sebagainya...?

      ReplyDelete
    2. Lagi soalan,

      Bagaimana dgn ucapan selamat atau doa kpd sahabat2 sempena hari kelahirannya...?

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    4. apa yg ana faham dan leh kaitkan dengan persoalan aqwa. art ...ana memetik kepada artikel Dr,list no.3 "sambutan hari jadi yang disifatkan di atas merupakan perkara bidaah yang munkar yang wajib ditinggalkan dan dicegah." ..yg disifatkan itu merujuk kepada amalan yg dilakukan mengikut spt org bukan Islam..alasn itu dijadian salah satu sbb dikatakan bidaah yg mungkar..

      andainya smbutan Hari Ibu, Hari Bapa dan hari2 lain, smbutannya sama spt smbutan hari jadi iaitu " Pada majlis itu disusun meja dan diletakkan kek yang besar yang dinamakan kek hari jadi yang pelbagai bentuk sama ada bulat, dlln berlapis-lapis yang dipacakkan dengan lilin yang jumlahnya mengikut umur mereka yang disambut dan dipotong kek itu"..dan ada unsur2 sebegitu, maka kita akan faham ianya pun akn sama hukumnya dgn bidaah yg mungkar.


      tapi jika kita memetik kepada "ada ulama yang mengatakan tidak menjadi masalah menyambut maulidur rasul. Hujah yang mengatakan boleh menyambutnya antara lain ialah kita menyambut maulid Nabi itu kerana memperingati perjuangan Nabi, risalah dan kenabian itu sendiri untuk dijadikan pengajaran, bukan sekadar sambut kelahiran semata-semata dan cukup setakat itu. Analoginya, Jika kita menyambut birthday anak-anak kita, maka atas dasar risalah apa yang dia bawa?

      jadi boleh dibuat analogi dan bertnya kita mymbut Hari Ibu, Hari Guru, Hari Bapa..atas dasar apa? mgkin kita nk mnghargai jasa dan pengorbanan mereka...tp cara smbutan tu mestilah tidak melanggar batas2 Islam..

      manakala ucapan dan doa itu, adalah satu perkara yang baik, kerana bila kita ucap selamat hari lahir, moga pnjag umur, murah rezeki..itu dah dlm kategori doa dan Islam mnggalakkan kita mndoakan saudara seIslam...jd pe yg ana lihat artikel Dr lebih mnjurus kepada amalan yg menyerupai org bukan Islam, dan Islam ada caranya tersendiri...itu pe yg ana faham dan leh buat kesimpulan drp artikel Dr sebagai analisis dan jika pndngan ini salah, mgkin boleh diperbetulkan..skdr pndangan

      ReplyDelete
    5. sedikit point hasil dari perbincangan dgn Ustaz Md Nor dlm bilik beliau:

      - Ustaz dlm perbincangan menyebut bhw sambutan Maulud atas dasar risalah memperingati perjuangan baginda tp sambutan hari lahir dalam apa jua bentuk sama ada doa atau apa2 sahaja atas dasar risalah apa?

      Ia bukan ajaran agama. Dengan kata lain, agama telah menggariskan syariat yang cukup jelas untuk dilakukan apabila seseorang anak itu dilahirkan bermula dengan azan, iqamah, tahnik, bercukur, berkhitan, memberi nama dan melakukan akikah. Agama tidak meninggalkan satu-satu amalan, maka tidak perlulah ditambah amalan lain.

      - tentang sambutan hari-hari lain tu..x termasuk dlm perbincangan tadi..mungkin ustaz boleh jawab.

      ReplyDelete
    6. Pandangan ini bukan pandangan umum ulama. Di sini ana hanya menukilkan pandangan 2 orang ulama Jordan tempat ana belajar dahulu. nampaknya ada respon menunjukkan bahawa perkara ini berkait langsung dengan kehidupan seharian kita. Sambutan ini juga sudah menjadi adat, kebiasaan dan cuti umum sempenan kelahiran seseorang.

      Di sini saya muatkan sekadar mencetus idea dan minta sahabat-sahabat semua berfikir dengan kritikal. Jawapan Dr Abdul Kadir Abu Faris ketika diajukan soalan mengenai sambutan maulid rasul (pandangan beliau newakili golongan yang tidak bersetuju dengan sambutan maulid Nabi (isu lama dan masih relevan).

      Kata beliau: al-Aid (العيد) merupakan mustalah syarie.... (h.788 buku belia)

      Nabi s.a.w. telah memberitahu kepada sekelian mukmin bahawa mereka ada dua perayaan tidak ada yang ketiga iaitu hari raya adha dan fitri. Setiap hari raya itu masing-masing ada solat dan khutbah khusus yang dilakukan orang orang Islam.

      Tidak terdapat satu nas daripada Nabi s.a.w. menjadikan (mengadakan) hari raya ketiga sama ada sempena kelahiran Baginda, hari hijrah baginda, hari kemenangan di Badar. Baginda juga menegah orang Islam berlebih-lebih memuji Baginda sehingga terjerumus ke lembah kesesatan dan penyelewengan sebagaimana terjadi kepada golongan Nasrani...

      Point perbincangan kita: Begitu juga tidak wujud dalam Islam apa yang dinamakan sebagai Hari Ibu (tanpa dijelaskan pendetailannya), begitu juga hari jadi individu sekalipun mereka itu pemerintah, pembesar dan kanak-kanak. Antara perkara yang lawak sehingga boleh menangis (terlalu lawak)kita lihat mereka ini meniup lilin yang dipacak sesuai dengan umur mereka terikut-ikut (mengikut) orang kafir barat yang telah memerintah (baca menguasai) orang Islam di negara orang Islam sendiri dengan nilai-nilai mereka, undang-undang mereka dan adat-adat mereka yang telah menyerang orang Islam di negara mereka sendiri.

      pelik lagi, pemerintah ini membelanjakan jumlah yang banyak dari harta negara ketika menyambut hari haji mereka....

      (Fatwa/ respon Dr Abu Faris mengenai sambutan maulid Nabi...)

      Di ingatkan sekali lagi, Ini pandangan pihak yang tidak membenarkan..
      Persoalan:-
      1) Adakah perkara yang disebutkan itu berlaku di negara kita?
      2)Bagaimanakah cara menghormati dan menyayangi (biir walidain)ibu-bapa yang dianjurkan oleh islam yang disekalikan kewajipan mentaati ibu-bapa selepas mentaati Allah ()وقضى ربك....?
      3) Sama-sama fikirkan

      Ini pandangan satu pihak... selamat berfikir

      ReplyDelete
    7. 2)Bagaimanakah cara menghormati dan menyayangi (biir walidain)ibu-bapa yang dianjurkan oleh islam yang disekalikan kewajipan mentaati ibu-bapa selepas mentaati Allah ()وقضى ربك....?

      Dari apa yg saya fhm ttg soalan & penerangan ustaz di atas (diambil dr pandangan pihak yg menolak)..

      Tiada kewajaran utk sambutan hari (guru, ibu, bapa) krn Islam telah menganjurkan cara2 tersendiri utk meraikan/menghormati golongan2 tersebut.

      Sambutan hari (guru, ibu, bapa) menjadi 1 trend zmn skrg seolah-seolah pd hari tersebut shj perlu meraikan/menghormati golongan2 tersebut.

      ReplyDelete
    8. Betul...
      Kita ada cara kita sebagaimana yang diajarkan oleh agama kita

      mereka ada cara mereka

      Jadi bagi mereka agama mereka dan bagi kita agama kita...

      jangan terikut-ikut (point besar) walaupun nampak baik.

      Point Terikut-ikut itulah nampaknya di sini menjadi salah satu titik besar sehingga kita kehilangan jati diri, identiti, kelainnan dengan mereka walaupun dengan alasan tidak bercanggah

      Jika tidak bercanggah, ini point yang bagus, tapi tidak adakah cara yang ditunjukkan oleh agama kita yang bersifat sempurna, merangkumi dan mencakupi semua aspek itu untuk dihayati...?

      Sama-sama kita fikirkan...point jadi diri, kelainan sebagaimana babda Nabi s.a.w. (berbezalah dengan yahudi..)

      ReplyDelete
    9. satu lagi jawapan kepada soalan saudara Aqwa, jika masing-masing dah ada hari, maka bagus juga dalam 365 hari hari masihi tu kita jadikan setiap hari tu hari-hari istimewa kepada setiap perkara:-
      1) Hari bapa lawan dia hari ibu
      2)hari lelaki lawan hari wanita
      3) hari kanak-kanak sedunia lawan dia hari orang tua sedunia
      4) hari pekerja lawan hari penganggur (lebih patut diingati kerana kesannya juga cukup maksima)
      5) Hari mati lawan hari lahir
      6) hari biru lawan hari hijau (green)
      7) hari air lawan dia hari tanah
      8) hari guru lawan dia hari pelajar (ini dah ada ke belum?)
      9) hari Bomba
      10) hari polis
      11) hari penjara
      12) hari penjenayah

      Ingat ! Setiap satu ada pasangannya... jadi jika kita sambut satu jangan lupa yang satu lagi....

      Fikirkan...

      ReplyDelete
    10. Lupa nak sebut

      kita ada hari kekasih lawan dia...?

      hari setiausaha lawan dia hari....? (ini mana nasnya)

      hari bendahari...adatak ni?

      hari anugerah juara lagi..

      hari anugerah berita harian...!

      ReplyDelete