Thursday 24 March 2011

HUKUM AKAD NIKAH DI DALAM MASJID


Disediakan oleh:
Mohd Noor Bin Daud

1) Mula Polimik

Pada 20/03/2011 yang lalu kita dihebohkan dengan laporan Utusan Malaysia yang memaparkan tajuk dalam bentuk tanda tanya “Akad Nikah di Masjid Menyimpang Dari Amalan Sunnah? yang merupakan kenyataan anggota Majlis Fatwa Perlis. Pada 22/03/2011 Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan penggunaan masjid sebagai tempat untuk upacara akad nikah tidak bertentangan dengan Islam dan boleh diamalkan selagi ia mengikut peraturan ditetapkan agama. Menurut beliau lagi, ia memudahkan imam masjid menjalankan upacara itu selain menjadi perantara untuk menyebarkan dakwah apabila ramai yang datang ke masjid untuk menjalani akad nikah. Jelas di sini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama Malaysia, dan perbezaan pendapat itu perkara lumrah, perpecahan itu yang menjadi fitnah. Itulah serba sedikit permulaan isu ini.

2) Hadis Yang Menjadi Perbahasan

Di sini saya cuba berkongsi serba sedikit maklumat mengenai isu yang sedang dibincangkan. Semoga dengan perkongsian ini dapat memugar dan mencambah lagi maklumat berkaitan tajuk ini. Perkongsian ini lebih kepada perbincangan hadis yang menjadi sandaran hukum dan terjemahan kepada beberapa petikan secara maknawi dan bukan secara harfiah. Diharapkan jika dalam terjemahan ini terdapat kesalahan akan dibetulkan oleh sahabat-sahabat yang lebih arif. Sebenarnya telah ramai pihak menulis mengenai isu ini antaranya sahabat saya Us. Anhar bin Opir dalam blog beliau. (http://hjanhar.blogspot.com/2011/03/hukum-akad-nikah-di-masjid-adakah.html).

2.1) Sabda Nabi s.a.w. dari Aisyah:-
( أعلنوا هذا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدفوف )
Dalam kitab al-Taisir bi Syarh al-Jamik al-Soghir, juzuk 1, h.353 yang ditulis oleh al-Munawi ada menyatakan hadis ini telah dihukum daif oleh al-Baihaqi. Dufuf adalah kata jamak kepada “duf” iaitu suatu alat yang dipukul sempena peristiwa yang mengembirakan atau semperna permainan.  Dari hadis ini boleh difahami bahawa akad nikah di dalam Masjid tidak makruh (dimakruhkan) berbeza dengan jual beli dan seumpamanya.

Teks Arab:
جمع دف بالضم ما يضرب به لحادث سرور أو لعب وفيه أن عقد النكاح في المسجد لا يكره بخلاف البيع ونحوه ( ت عن عائشة ) وضعفه البيهقي


2.2) Dalam kitab Mirqat al-Mafatih Syarh Miskat al-Masobih/al-Misbah, Bab Iklan pernikahan, j10, h93  (menyebutkan daripada Aisyah r.a, katanya: Nabi s.a.w. bersabda: (War-warkan pernikahan ini) iaitu 1) dengan bayyinah (iaitu para saksi), maka perintah di sini bermaksud wajib atau 2) dengan diisytiharkan atau dihebahkan, maka perintah di sini bermaksud sunat. Manakala Sabda Nabi s.a.w. (jadikannya atau lakukannya di Masjid) ini kerana jika dilakukan di masjid, ia lebih mencapai objektif iklan, atau untuk mendapatkan keberkatan tempat. Majlis perkahwinan itu juga sepatutnya mengambil kira masa yang sesuai (yang lebih afdhal) supaya ia menjadi “cahaya” atas “cahaya” (ertinya majlis yang baik dilakukan pada masa yang baik), dan kegembiraan atas kegembiraan.

Teks Arab:
وعن عائشة رضي الله عنها قالت قال رسول الله اعلنوا هذا النكاح أي بالبينة فالأمر للوجوب أو بالإظهار الاشتهار فالأمر للاستحباب كما في قوله واجعلوه في المساجد وهو إما لأنه أدعى إلى الإعلان أو لحصول بركة المكان وينبغي أن يراعى فيه أيضا فضيلة الزمان ليكون نورا على نور وسرورا على سرور.

Kata Ibn al-Hummam: Digalakkan (mustahab) melakukan akad nikah di Masjid kerana ia adalah ibadah dan dilakukan pada hari jumaat, ini kerana ia lebih optimis kerana di situ tempat perhimpunan atau mengharapkan pahala yang lebih atau matlamat war-war itu akan lebih berlaku. (Dan palulah kompang) sempena pernikahan itu, tetapi dibuat di luar Masjid. Ibn al-Malik mengeluarkan pendapat yang pelik iaitu boleh dipalu kompang di dalam Masjid. Tetapi apa yang jelas hadis tidak menunjukkan demikian.

Teks Arab:
قال ابن الهمام ويستحب مباشرة عقد النكاح في المسجد لكونه عبادة وكونه في يوم الجمعة ا ه وهو إما تفاؤلا للإجتماع أو توقع زيادة الثواب أو لأنه يحصل به كمال الإعلان واضربوا عليه أي على النكاح بالدفوف لكن خارج المسجد وأغرب ابن الملك حيث قال فيه جواز الدف في المسجد للنكاح ا ه ولا دلالة للحديث على جوازه كما لا يخفى

2.3) Dalam kitab Asna al-Matalib fi Ahadith Mukhtalif al-Rawatid, j1, h.60 dinyatakan mengenai hadis أعلنوا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدف))
Imam Tarmizi menghukum hadis itu sebagai daif (lemah) dan sanad Ibn Majah ia berstatus hasan. Imam Ahmad meriwayatkan daripada beliau (perawi yang sama) dengan lafazأعلنوا النكاح) )sahaja, al-Hakim menghukumkan hadis ini sebagai sahih

2.4) Disebutkan dalam kitab إتحاف الخيرة المهرة بزوائد المسانيد، ج4، ص15
2) - باب إعلان النكاح في المساجد وما جاء في أي يوم يكون التزويج
[3154/1]- قال محمد بن يحى بن أبي عمر وأحمد بن منيع: ثنا يزيد بن هارون، أبنا عيسى بن ميمون، عن القاسم بن محمد، عن عائشة- رضي الله عنها- قالت: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -:{أعلنوا النكاح، واجعلوه في المساجد، واضربوا عليه بالدفوف، وليُولم أحدكم ولو بشاة}.
[3154 /2]- قلت: رواه الترمذي في الجامع ، عن أحمد بن منيع به.
وقال: هذا حديث غريب، وعيسى بن ميمون يضعف في الحديث. انتهى.


2.5) Dalam kitab البدر المنير، ج9، ص643.

3) رَوَاهُ التِّرْمِذِيّ من رِوَايَة عَائِشَة أَيْضا مَرْفُوعا : «أعْلنُوا هَذَا النِّكَاح ،
واجعلوه فِي الْمَسَاجِد ، واضربوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ» وَهُوَ من رِوَايَة عِيسَى بن مَيْمُون الْأنْصَارِيّ قَالَ التِّرْمِذِيّ : هَذَا حَدِيث غَرِيب فِي هَذَا الْبَاب ، وَعِيسَى يضعف فِي الحَدِيث . وَفِي بعض النّسخ : حَدِيث حسن . وَفِي ذَلِك نظر ؛ فقد قَالَ البُخَارِيّ : هُوَ مُنكر الحَدِيث . وَقَالَ ابْن حبَان : مُنكر الحَدِيث لَا يحْتَج بروايته . وَقَالَ ابْن مهْدي : استعديت عَلَيْهِ فَقلت : مَا هَذِه الْأَحَادِيث الَّتِي تحدث عَن الْقَاسِم عَن عَائِشَة ؟ فَقَالَ : لَا أَعُود . وَهَذَا الحَدِيث من رِوَايَته عَن الْقَاسِم عَن عَائِشَة . وَذكر هذَيْن الْحَدِيثين ابْن الْجَوْزِيّ فِي «علله» وَضعفهمَا بِمَا قدمْنَاهُ ، وَفِي «مُسْند أَحْمد» و «صَحِيح ابْن حبَان» وَالْحَاكِم عَن عبد الله بن الزبير مَرْفُوعا «أعْلنُوا النِّكَاح» قَالَ الْحَاكِم : صَحِيح الْإِسْنَاد . وَقَالَ ابْن حبَان : مَعْنَاهُ أعلنوه بشاهدي عدل .

4) أخرجه الترمذي [3/ 398]، كتاب النكاح: باب إعلان النكاح، حديث [1089]، والبيهقي [7/ 290]، كتاب الصداق: باب إظهار النكاح وإباحة الضرب بالدف، وأبو نعيم في "تاريخ أصبهان" [1/ 174]، وابن الجوزي في "العلل المنتاهية" [2/ 627]، من طريق عيسى بن ميمون عن القاسم بن محمد عن عائشة قالت: قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "أعلنوا هذا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدفوف".
قال الترمذي: حديث غريب وعيسى بن ميمون الأنصاري يضعف في الحديث وليس هو عيسى ميمون الذي يروي التفسير عن ابن أبي نجيح ذلك ثقة.
وقال البيهقي: عيسى بن ميمون ضعيف.
وقال ابن الجوزي: عيسى بن ميمون قال ابن حبان: منكر الحديث لا يحتج بروايته.
لكن تابعة ربيعة بن أبي عبد الرحمن عن القاسم به.

2.6) Dalam Kitab المقاصد الحسنة للسخاوي، ج1، ص125

Al-Sakhawi berkata bahawa hadis (أعلنوا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدف) adalah hadis riwayat termizi dan beliau menghukumnya sebagai daif, juga hadis riwayat Ibn Majah, ibn Mani’ dan lain-lain daripada Aisyah r.a. secara marfuk dengan lafaz ini dan hadis ini berstatus hasan. Walaupun perawi hadis dalam riwayat termizi lemah (daif), tetapi terdapat tawabi’ (istilah hadis yang bermaksud ada hadis yang membincangkan perkara yang sama oleh orang yang diterima atau gurunya atau ke atas-lihat Imam Suyuti, kitab Ilfiyah al-Suyuti fi Ilmi al-Hadith, j.1, h.15) sebagaimana dalam riwayat Ibn Majah dan lain-lain….

Teks Arab:
5) حديث ( أعلنوا النكاح واجعلوه في المساجد واضربوا عليه بالدف )
الترمذي وضعفه وابن ماجه وابن منيع وغيرهم عن عائشة مرفوعا بهذا وهو حسن فراويه عند الترمذي وإن كان ضعيفا فإنه قد توبع كما في ابن ماجه وغيره وفي الباب عن جماعة وفي لفظ ( وأخفوا الخطبة ) وبه تمسك من أبطل نكاح السر

2.7) Dalam kitab سبل السلام، ج4، ص 450

7) وَأَخْرَجَ التِّرْمِذِيُّ أَيْضًا مِنْ حَدِيثِ عَائِشَةَ ، وَقَالَ حَسَنٌ غَرِيبٌ { أَعْلِنُوا هَذَا النِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوا عَلَيْهِ بِالدُّفُوفِ وَلْيُولِمْ أَحَدُكُمْ وَلَوْ بِشَاةٍ فَإِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ امْرَأَةً ، وَقَدْ خَضَّبَ بِالسَّوَادِ فَلْيُعْلِمْهَا لَا يَغُرَّهَا }
Kata al-San’ani: Hadis yang banyak itu menyarankan beberapa perkara:-
1)      Perintah supaya mengiklankan (war-warkan) pernikahan, Iklan berbeza dengan sembunyi-sembunyi (kahwin senyap-senyap)
2)      Perintah supaya memukul al-Ghirbal dan dihuraikan oleh hadis yang lain sebagai duf iaitu kompang. Terdapat banyak hadis dalam hal ini, sekalipun setiap hadis itu ada perbincangannya (ada khilaf), hadis-hadis itu mengukuhkan antara satu sama lain.

Teks Arab:
دَلَّتْ الْأَحَادِيثُ عَلَى الْأَمْرِ بِإِعْلَانِ النِّكَاحِ ، وَالْإِعْلَانُ خِلَافُ الْإِسْرَارِ ، وَعَلَى الْأَمْرِ بِضَرْبِ الْغِرْبَالِ وَفَسَّرَهُ بِالدُّفِّ ، وَالْأَحَادِيثُ فِيهِ وَاسِعَةٌ ، وَإِنْ كَانَ فِي كُلٍّ مِنْهَا مَقَالٌ إلَّا أَنَّهَا يُعَضِّدُ بَعْضُهَا بَعْضًا ،
       3) Hadis ini juga menjadi dalil keharusan memalu kompang kerana war-war dengan memalu kompang lebih cepat diketahui berbanding jika tidak memalunya. Ayat suruhan secara zahirnya menunjukkan wajib, boleh jadi tidak ada ulama yang berpendapat begitu (memukul kompang adalah wajib), dengan itu ia menjadi sunat, tetapi dengan syarat tidak disertakan dengan perkara haram dengan nyanyian suara lunak dari wanita ajnabi (bukan mahram) dengan alunan syair yang mengandungi pujian….., Sebaliknya hendaklah melihat gaya orang Arab pada zaman Nabi s.a.w kerana itulah yang diperintahkan. Adapun cara-cara yang diperkenalkan orang selepas zaman Nabi s.a.w. merupakan cara yang tidak diperintahkan. Tidak perlu diperdebatkan pada zaman-zaman ini majlis kahwin disertakan dengan perkara-perkara haram, maka dengan itu ia haram. Bukan kerana majlis atau memalu kompang itu yang haram.

Teks Arab:-
وَيَدُلُّ عَلَى شَرْعِيَّةِ ضَرْبِ الدُّفِّ لِأَنَّهُ أَبْلَغُ فِي الْإِعْلَانِ مِنْ عَدَمِهِ ، وَظَاهِرُ الْأَمْرِ الْوُجُوبُ ، وَلَعَلَّهُ لَا قَائِلَ بِهِ فَيَكُونُ مَسْنُونًا ، وَلَكِنْ بِشَرْطِ أَنْ لَا يَصْحَبَهُ مُحَرَّمٌ مِنْ التَّغَنِّي بِصَوْتٍ رَخِيمٍ مِنْ امْرَأَةٍ أَجْنَبِيَّةٍ بِشِعْرٍ فِيهِ مَدْحُ الْقُدُودِ وَالْخُدُودِ بَلْ يُنْظَرُ الْأُسْلُوبُ الْعَرَبِيُّ الَّذِي كَانَ فِي عَصْرِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُوَ الْمَأْمُورُ بِهِ ، وَأَمَّا مَا أَحْدَثَهُ النَّاسُ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ فَهُوَ غَيْرُ الْمَأْمُورِ بِهِ ، وَلَا كَلَامَ فِي أَنَّهُ فِي هَذِهِ الْأَعْصَارِ يَقْتَرِنُ بِمُحَرَّمَاتٍ كَثِيرَةٌ فَيَحْرُمُ لِذَلِكَ لَا لِنَفْسِهِ .
3) Perbahasan Fiqh
Berdasarkan hadis di atas, terdapat 3 isu yang dibincangkan secara panjang lebar oleh para ulama iaitu:-

            3.1) Iklan Pernikahan:-
Ulama sepakat bahawa wajib mengiklankan (mewar-warkan) perkahwinan, tetapi mereka berbeza pendapat dalam menentukan cara mewar-warkan pernikahan itu kepada 2:-
3.1.1) Jumhur Ulama (Hanafi, Syafie dan Hanbali): War-warkan itu adalah melalui kewujudan saksi dalam majlis akad. Dengan itu, mereka menjadikan saksi sebagai syarat sah akad nikah.
3.1.1) Maliki: Tidak mensyaratkan kewujudan saksi dalam akad memadai dengan mengiklankan sahaja. Mungkin dengan cara dilakukan akad ini di Masjid dengan memalu kompang dan sebagainya. Dengan kata lain, saksi bukan menjadi syarat sah akad. Maknanya, akad nikah tanpa kewujudan saksi dihukum sah menurut mazhab Maliki.
(Lihat sebagai contoh Prof. Dr. Mahmud Ali al-Sartawi, (1997), Syarh Qanun Ahwal al-Syaksiah, h.68-69)
           
3.2) Hukum Akad Nikah di Masjid:-
Tajuk perbincangan kita di sini. Saya lebih cenderung untuk mengatakan hukumnya adalah harus dan tidak bercanggah dengan sunnah Rasul.

3.3) Hukum Memukul Kompang:-
Hukumnya adalah diharuskan memukul kompang bahkan al-San’ani berpendapat sunat. Cuma terdapat sedikit khilaf sama ada boleh dilakukan di dalam masjid. Apa yang pasti memukul kompang di luar Masjid adalah dibolehkan.

Wallahu a’lam.
24/03/2011

No comments:

Post a Comment