Sunday 20 March 2011

MERDEKAKAH SUDAH?

Merdekakah sudah?


‘Merdeka” suatu yang bersejarah
Tanah air bebas dari belenggu penjajah
Rakyat hidup dengan penuh “gah”
Berkat perjuangan tok janggut, tok bahaman dan lain-lain yang tidak terjumlah

”52 tahun” merdekalah sudah
Tapi hakikatnya kita masih dijajah
Dengan penjajahan yang lebih parah
Buktinya kita masih bermasalah

Pemuda hanyut dengan syabu, estacy dan dadah
Ke hulu ke hilar tiada arah
Jumlah mereka di pusat sehenti bertambah-tambah
Penyakit sosial semakin parah
Siapakah yang hendak dipersalah?

Kata pemimpin sehenti perlu ditambah
Kerana penghuni kian melimpah
Hukum Allah dicadang, mereka tolak mentah-mentah (mereka buat tak endah)
Samalah dulu dengan masyarakat jahiliah
Mereka saling tak tumpah

Budaya mat rempit diheboh dan dihebah
Ada yang mati, cedera dan patah
Tapi bagi mereka, itu tidak kesah
Tayar motor diangkat berjalan sebelah

Pemudi berpakaian, tetapi aurat terdedah
Kain yang dipakai terbelah-belah
Seluar ketat Masya Allah, Astaghfirullah
Anak yang lahir tanpa ayah bertambah-tambah
Mereka dibuang seperti sampah

Yang bertudung entahlah
Rambut ditudung, pusat terdedah
Dada pula didedah-dedah
Tak tahu apa nak jadi dah

Ada pembesar masih dengan rasuah
Rakyat sendiri ditindas dan diperah
Dasar pecah perintah diamal sudah
Ia bukan lagi amalan penjajah

Sistem pendidikan tidak tentu arah
Dari universiti hingga ke sekolah
Bahasa sendiri dipersalah dan di ”nyah”
Diangkatnya pula bahasa penjajah

Pendidikan seks pula hendak didedah
Bagi menangani kes sumbang mahram yang tidak sudah-sudah
Bukankah itu akan lebih parah
Kalau dulu secara sembunyi-sembunyi, tapi Sekarang boleh didengar di sekolah-sekolah

“52 tahun” merdekalah sudah
Rakyat malaysia semakin parah
Kalau dulu murtad salah
Tapi sekarang menjadi lumrah

Agama pula dilupakan sudah
Kata mereka mengamalkannya adalah payah
Tapi budaya barat yang asing itu pula disembah-sembah
Sehingga mereka sanggup berpaling tadah
Sanggup ikut penjajah berdebah

TV di rumah, tak ada tak sah
Adapun bukanlah salah
Untuk tontonan anak-anak, ibu dan ayah
Selepas sehari suntuk berpenat lelah
Cuma yang ditonton bukan ceramah, bukan halaqah
Akademi fantasia, one in a million membinasakan ummah

Artis, pelakon, penyanyi selalu didedah
Sehingga mereka dilihat “gah”
Ulama pula tidak diendah
Malah mereka dipandang hina dan rendah

Program reality show semakin bertambah-tambah
Hadiah juga agak besar, kereta mewah dan boleh sampai ke eropah
Rancangan agama masih tidak diendah
Lihat sahaja hadiah pertandingan al-quran (antarabangsa) qari dan qariah
Umrah dan seribu dua jah

Dilihat salah ditegurpun salah
Tazkiran sudah, nasihatpun sudah
Kita pula yang dipersalah
Kita yang disuruh “boleh belah”

Madah pujangga menilai sejarah
Akhlak masyarakat penentu arah
Tegak akhlaknya, tamadun terus gagah
Runtuh akhlaknya, mereka hancur musnah

Pasrah tidak bererti mengalah
Merenung berfikir mencari helah
Membongkar sunnah Nabi serta kitab Allah
Menjadi panduan membina hadarah

Niat yang murni tidak pernah goyah
Menjadi reformis, mengubah ummah
Moga utuh, kukuh dan bermaruah
Disebut-sebut dalam sejarah

Usaha dicurah keringat dikerah
Doa dipohon restu ditadah
Semoga keadaan akan berubah
Hidup bahagia, dunia akhirah.


ABU TALHAH

No comments:

Post a Comment